Translate

Thursday 10 April 2014

BISMILLAH 9 - MAWI "AL HAQ"



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dengan Nama Allah Sekalian Alam

Dengan Nama Allah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung

Dengan Nama Allah, Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah, Maha Memiliki Keagungan Suci

Dengan Nama Allah Tuhan Jibrail

Dengan Nama Allah Tuhan Mikail

Dengan Nama Allah Tuhan Israfil

Dengan Nama Allah Tuhan Izrail

Dan Malaikat Yang Menghampiri Kepada Mereka

Dan Allah, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam

Dengan Rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.
.
.

Fadhilat Bismillah 9

.
Fadhilat ayat  ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat:
  • Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT

  • Mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ ini, InsyaAllah akan dapat memagar diri dalam sebarang situasi kecemasan dan bahaya

  • Sekiranya menghadapi serangan, InsyaAllah tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh malah pengamal ‘Bismillah 9’ akan berjaya menumpaskan mereka

Doa ni ada dalam lirik lagu yang mungkin boleh bantu kita ingat dengan cepat sebahagian daripada doa tu, cuba dengar mawi sebut waktu AC rap tu:




Lirik Lagu Al Haq – Mawi Feat AC Mizal


(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala  suka dan duka,
tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.
 
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
 
Ya Allah x2, 
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2, 
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
 
(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita
 
 
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
 
Ya Allah x2, 
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2, 
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
 
(AC Mizal)
 
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu

No comments:

Post a Comment